Followers

Sunday, July 31, 2011

Puasa 2

semalam gua dah cerita pasal gua puasa dulu-dulu..ada lagi gua nak tambah sikit..tak elok kalau gua cerita separuh je rasanya..okay,kali nie pasal puasa jugak..tapi bila gua dah besar sikit..umur dalam 9-11 tahun..macam biasa,pertandingan puasa peringkat adik-beradik masih diteruskan..peserta masih sama,hadiah masih sama dan penganjur pun masih sama..
kali nie ilmu matematik gua dah mantap sikit..ilmu puasa pun kira okay dah..gua pun mula berpuasa..cukup sebulan..senyum nampak gigi gua..tak sabar nak claim duit..tiba hari keputusan,gua tanya mak bapak gua yang gua nak claim duit puasa tu..ringkas dan padat mak gua balas..mak dah letak duit dalam bank..

gua harap blog gua tak kena samak sebab gambar ni.
tahun-tahun seterusnya pun jawapan sama,gua saspek duit dalam bank gua dah banyak..gua buat tak tau je..bila gua besar sikit gua fikir,gua mana ada akaun bank lagi!kah kah kah

*gua kena mantapkan ilmu bank pula lepas ini.

No comments: