Followers

Tuesday, May 17, 2011

Gear

gua rasa masa gua darjah tiga,zaman basikal gear ni baru  nak naik..kira sapa ada basikal gear ni memang orang pandanglah masa tu..gua punya basikal tak power mana masa tu..kalau kena kejar anjing memang gua campak basikal ke semak,gua berlari balik..


gua pernah tanya kawan gua,berapa harga gear tu.gua nak pasang kat basikal gua..rm50 katanya..terkedu gua..rm50 masa tu memang besar nilainya..boleh buat beli ayam dan dipotong 16..jadi gua mintak kat mak gua rm50..

"mak nak rm50.beli gear."tanya gua manja
"nak buat ape?"ringkas mak gua jawab
"pasang kat basikal lah..senang nak naik bukit"gua jawab dengan jawapan yang kawan gua bagi.
"tak payah..buang duit..kalau susah nak naik bukit..kau tolak je basikal tu."mak gua sound gua.

----

minggu depannya,masa gua tengah feeling kayuh basikal..gua lalu kat satu simpang tiga ni..dah elok takde kereta motor,gua pun kayuh jelah..tiba-tiba ada motor keluar simpang..langgar tayar depan gua..pow!melambung gua keudara dan jatuh tepat keatas tanah pamah..nasib baik gua okay..gua tengok brader motor tu dah menangis,luka sikit je pun..gua tengok basikal gua,tayar depan dah tak rupa tayar..mungkin rupa karipap yang tak jadi..perlahan-lahan gua tolak basikal sampai rumah..

bulan depannya,gua dapat basikal baru..basikal gear..tapi bila gua kena kejar anjing,gua campak basikal ke semak,gua berlari jugak..menyesal gua dengan basikal gear ni..cepat rosak.

1 comment:

4umyfans said...

basikal gear teman selalu guna untuk latihan kuatkan kaki. pakai gear ringan dan mulakan laithan. yeayy!