Followers

Sunday, May 15, 2011

2026

sudah 4 tahun sejak gua kehilangan seorang kawan..luluh hati gua masa dapat tahu berita sedih tu..tapi setelah gua dah add beberapa kawan baru dekat facebook..hati gua dah terubat..lagipun tahun ni ada reunion sekolah lama gua..sekolah smk sulaiman..itu nama masa gua bersekolah dekat situ..sekarang dah tukar nama..jadi sulaiman academy..pui,sumpah tak sedap nama tu..pengetua dia orang putih ke apa?

gua tahu pasal reunion pun dekat facebook..entah siapa yang mengatur cara semuanya..tengok-tengok gua dah di jemput..gua pun klik je attending..gua tengok dia punya bayaran untuk satu kepala..rm432..tapi gua tak terkejut pun..sebab minyak ron95 pun rm132 seliter masa tu..

lepas tu gua terus kontek suffian assauri nak tanya pasal reunion..sebab gua tengok nama dia jadi ajk reunion..

"Assalamualaikum pian..lu ada mana?"tanya gua tenang..
"Waalaikumussalam,aku ada dekat rumah..kenapa?"jawab pian resah
"lu relax,gua nak tanya pasal reunion nie jer..buat dekat mana reunion nie?berapa hari bulan?"tanya gua lagi.
"fuhh,ouh reunion tu buat dekat sekolah..25hb..sabtu minggu depan."jawab pian tercungap-cungap..
"terima kasih"terus gua letak talipon.

dalam hati gua terus berkata,"dekat rumah bini nombor berapa lah si pian tu"..

-------

25haribulan,

gua sarung kemeja dengan seluar jeans gua..ah,nampak kat luar hari macam nak hujan..gua baru nak bawa donnie..terbatal niat gua..gua ambil kunci kereta range rovers gua..perlahan-lahan gua pergi ke garaj kereta..tiba-tiba gua terpandang kereta pertama gua..perodua myvi edisi khas..kereta yang gua beli selepas habis diploma..banyak kenangan..tapi gua terus keluar memandu range rovers menuju ke sekolah..

sampai di pintu pagar sekolah seorang pengawal menahan kereta gua..gua turunkan tingkap..terkejut gua..gua tengok pengawal tu macam pengawal masa gua sekolah dulu..yang dikenali dengan nama pakgad keli..gaya,suara,misainya semua sama..gua memang anti sikit dengan dia ni..tapi gua cekalkan hati,gua tanya nama dia..rupanya dia anak kepada pakgad keli.."patutlah"hati gua berbisik..terus gua menuju ke dewan..

gua turun kereta..gua tengok dari jauh dewan tu..nampak ramai yang sudah sampai..tapi gua hairan..gua nampak ramai orang tua..gua dah ingat ada orang tua dari rumah kebajikan nak buat persembahan..gua menuju ke dewan..nampak 2-3 orang rakan gua..hidup,mati,makan,baju,anak..macam-macam dorang cerita..

"apa pasal ramai orang tua dalam tu?ada persembahan apa?"tanya gua beria-ria
"bongok,tu cikgu-cikgu lama kitalah."jawab saffuan anuar.

jauh meleset sangkaan gua pada mula tadi..terus gua masuk kedalam nak jumpa cikgu-cikgu lama gua..

"eh,cikgu naziha kan?sihat?"tanya gua berbahasa baku..
"yes i am..im fine thank you."jawab cikgu naziha berbahasa baku orang putih.

terkaku gua sebentar..daripada nada jawapannya yang kurang jelas,gua syak giginya sudah tinggal 2 batang..itupun sudah longgar..umurnya gua agak dah menjangkau 65 keatas..gua pun terus minta diri sebab nak makan..


bersambung.....

3 comments:

Misz Naziha said...

Hahaha, tinggal 2btg gigi. Alhamdulillah hidup lg ea. hahahaha

Misz Naziha said...

hahahaha, tinggal 2 btg gigi. Tp Alhamdulillah le juga sbb idup lgtime tu. hahahaha

ciKeju said...

hahaha..
nak hidup 100 tahun pun boleh dlm blog nie..hahahahaha
:)