Followers

Sunday, May 1, 2011

2022

pssssst..kedengaran bunyi gas karbon dioksida yang gua hembuskan.."zaman ini,harap sahaja maju..tapi kebersihan udara tidak dijaga"herdik gua perlahan..nasib baik badan gua masih mantap dan berfungsi dengan jayanya..tidak perlu ubatan farmasi mahupun dukun asli..dengan berbekalkan umur gua yang baru sahaja singgah di nombor 29,impian yang pernah gua ungkapkan semasa gua masih berhingus kuning sudah tercapai..

gua sudah berjaya memiliki sebuah motor berkuasa besar..sebesar satu ribu cc..motosikal keluaran syarikat yamaha itu sudah menjadi milik gua..

pada suatu pagi,gua ingat hendak bersiar-siar bersama motor itu yang gua bagi nama donnie..buruk nama,macam anjing jiran gua..tapi gua peduli apa..gua memasukkan kunci ke tempatnya..vrooom!vrooom!enjinnya berbunyi..bagi gua bunyinya lagi sedap daripada nyanyian k-pop malaysia tuu..
 

"hubby nak pergi mana tu?"suara itu datang dari belakang gua..gua sudah syak itu bini gua..
"sayang,awal bangun hari ini?nak pergi pasar ke?"gua tanya dengan manis..
"taklah,orang gaji kita kan ada 6 orang..buat apa nak ke pasar lagi..yang hubby nie nak kemana dengan donnie?"balas bini gua manja..
"hubby nak pergi jalan-jalan..dah lama tak makan angin..nak ikut ke?"gua tanya balik..gua saja ajak-ajak ayam..
"tak nak lah,nak main game kejap lagi..ada tournament nanti.."balasnya

gua terus berlalu pergi bersama donnie.."kau dah lah main game tak best"dalam hati gua berbisik..

tengah gua laju di atas highway,gua nampak sorang mamat menunggang motor berkuasa besar juga..gua kejar,cucuk belakang..200,230,260,290km/h kami memecut..bila saja mamat tu menoleh kepada gua,gua rasa macam kenal..gua himpit dia ketepi..bukak helemet,gua tanya.."lu nie bukan ke saffuan anuar?"

"eh,bukanlah..saya nie anak dia"balas ringkas mamat tu..
bukan main terkejut gua..bila masa pulak saffuan anuar kahwin..besar bagai dah anak dia..
"bawak gua jumpa bapak lu"jawab gua sinis..

mamat tersebut bawak gua pergi ke kedai mamak..sampai je,gua nampak saffuan anuar dan beberapa rakan gua..sebak perasaan gua..terus gua pergi jumpa mereka..pdon,pian,aliff sahaja yang kelihatan..rakan lain gua tak nampak..
 
lama tak jumpa,kahwin,sekolah,anak,rumah,kerja..dari satu topik ke satu topik kita orang berborak..tengah gelak-gelak,gua tanya,mana kucai?.."macam biasalah,kerja..kuat sangat kerja..dari dulu lagi.."balas pdon..
"jojo?"ringkas gua tanya..
"arwah baik orangnya"balas dorang.
"sakit apa?"gua tanya lagi.
"obesiti..makan nasi lemak banyak masa kat universiti dulu"balas aliff

tak boleh jadi nie..gua dah kehilangan seorang kawan..gua sedih..lalu gua blah bersama donnie..gua bawak selaju boleh..311km/h..gua menuju rumah gua..sesudah sampai,gua terus berlari ke laptop gua..bukak facebook..cari kawan baru.



-----