Followers

Saturday, May 28, 2011

UiTM dihatiku

gua cadangkan Minggu Destini Siswa(MDS) supaya dibuat selama satu semester mulai tahun hadapan..ramai orang komplen sebab MDS seminggu je..dorang dahagakan MDS..hahahaha..sekian.


Friday, May 20, 2011

ayam

ini ayam.

Thursday, May 19, 2011

artis

tiba-tiba awek gua tanya..

"btw,weh sapa nora elena?"tanya dia dengan penuh curiga.
gua dah agak..nama nora elena penuh dekat wall gua..gua dah syak dia cemburu..

Tuesday, May 17, 2011

Gear

gua rasa masa gua darjah tiga,zaman basikal gear ni baru  nak naik..kira sapa ada basikal gear ni memang orang pandanglah masa tu..gua punya basikal tak power mana masa tu..kalau kena kejar anjing memang gua campak basikal ke semak,gua berlari balik..

Sunday, May 15, 2011

2026

sudah 4 tahun sejak gua kehilangan seorang kawan..luluh hati gua masa dapat tahu berita sedih tu..tapi setelah gua dah add beberapa kawan baru dekat facebook..hati gua dah terubat..lagipun tahun ni ada reunion sekolah lama gua..sekolah smk sulaiman..itu nama masa gua bersekolah dekat situ..sekarang dah tukar nama..jadi sulaiman academy..pui,sumpah tak sedap nama tu..pengetua dia orang putih ke apa?

Saturday, May 14, 2011

Padam

semalam gua ajak kawan gua gerak kuantan..ada urusan seri paduka baginda..urusan selama 20 minit je..lebihan minit yang lain kita orang lepak kat east coast mall..makan makan sikit..minum minum banyak..lepas tu saja lepak teluk cempedak..gua ingat gua nak layan angin laut..tapi sikit angin pun takde..gua punya kentut lagi berangin itu jam..

  

Wednesday, May 11, 2011

Gam Kanji

11 tahun lepas gam kanji cukup ngam dengan gua..hari-hari gua main..tak kira lah dekat mana..dekat sekolah main..dekat rumah main..ada sekali sebelum gua tido pun gua main..skill yang best masa tu,gua letak gam tu dekat tangan lepas tu gua cantumkan tangan gua..gua main tarik-tarik tangan gua..masa tu imaginasi macam alex ferguson susun strategi 4-4-2..nak dijadikan cerita,

ini rupanya gam kanji tu..(gua pinjam gambar)

Tuesday, May 10, 2011

kumulus dan nimbus

sedar sedar gua sedar gua dekat klia..gua pergi kat mesin self check in tu,gua tekan-tekan skrinnya..berdebar jugak gua guna barang berteknologi ni..kat kampung,gua tekan-tekan belakang badan pakcik gua je..tet tot tet tot,keluar tiket kapal terbang dekat mesin tu..gua ambil..tengok gua dapat tempat duduk 20A..tepi tingkap..macam best..dapat tengok awan..


Wednesday, May 4, 2011

Jersey

tup..tup..gua,saffuan anuar,firdaus alviano,aliff akhmal dah berada dekat setiawangsa..hairan..tapi gua layan je..terus cari tempat parking kereta,melintas jalan,duduk minum di seri maya..terus bertambah lagi ahli yang lepak dengan gua..emaaibrahim,neena banquek,daus,"form6"(gua lupa pulak nama lu)..takpe,gua masih layan..sedut shisha perisa campuran buah beberapa kali..gua hembus..bermain dengan asap..

Sunday, May 1, 2011

2022

pssssst..kedengaran bunyi gas karbon dioksida yang gua hembuskan.."zaman ini,harap sahaja maju..tapi kebersihan udara tidak dijaga"herdik gua perlahan..nasib baik badan gua masih mantap dan berfungsi dengan jayanya..tidak perlu ubatan farmasi mahupun dukun asli..dengan berbekalkan umur gua yang baru sahaja singgah di nombor 29,impian yang pernah gua ungkapkan semasa gua masih berhingus kuning sudah tercapai..