Followers

Tuesday, August 24, 2010

Tazkirah Ramadan #3

salam..sudah lama tidak menulis..agak sibuk di bulan ramadan nie..okay..kali nie nak cerita mengenai tips nak jadi orang yang berjaya..lebih details lagi cara nak jadi mukmin yang berjaya..dalam surah Al-Mukminun ada bagitahu ciri-ciri mukmin yang berjaya..kalau budak form 4 mesti tahu surah nie sebab nie antara ayat hafazan..
Dalam al-Quran, Allah menyebutkan tujuh ciri atau kelompok mukmin berjaya atau beruntung yang mana akhirnya dianugerahkan dengan syurga Firdaus. 

Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11. Tujuh ciri itu ialah:

♥ Khusyuk dalam menunaikan solat.

Sesungguhnya solat akan mampu dilaksanakan dengan khusyuk oleh seseorang mukmin, sesuai dengan kemantapan atau keteguhan iman yang dimilikinya. 
Pada dasarnya pengertian khusyuk di sini ialah mencakupi bahawa seseorang itu biasa memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solatnya. Mengetahui makna ayat yang dibaca, di samping mengawal bilangan rakaat. Jadi, tidak sekadar mengerti syarat dan rukunnya saja. 
Dalam khusyuk itu juga harus ada unsur takut kepada Allah. Demikian mengikut Imam Al-Ghazali. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk menjadi mukmin berjaya dan dapat mewarisi syurga Firdaus.

♥ Memelihara diri daripada perbuatan tidak berfaedah.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

♥ Menunaikan zakat.
Sesungguhnya menunaikan zakat adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujudnya paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk zakat. Wajib baginya untuk membayar zakat harta itu. 
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

♥ Memelihara kehormatan/kemaluannya.
Orang mukmin yang berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina.
Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan yang halal dengan pasangan sah.

♥ Melaksanakan amanah.
Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik. Ini kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

♥ Memenuhi janji.
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan. Ini kerana janji itu ibarat hutang, lantaran ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri mukmin berjaya. 

♥ Memelihara solat.
Solat dalam pandangan mukmin sejati paling penting. Jadi, solat yang dilakukan mereka sentiasa cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik. Solat pada awal waktu dan sentiasa berwaspada agar dapat solat tidak di luar waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya.

*betulkan mana yang salah..  :)

No comments: