Followers

Monday, August 16, 2010

Tazkirah Ramadan #2

salam..semalam aku pergi ke masjid untuk solat terawih..&& ada tazkirah diselitkan selepas solat terawih..ustaz tu pun menerangkan mengenai tazkirah di bulan ramadan..sebab ada orang kata tazkirah di bulan ramadan merupakan bid'aah..okay..aku dah faham melalui tazkirahnya semalam..& nie aku search internet jumpe artikel yang sama..so harap korang baca..

SOALAN:
exa

Adakah tazkirah pada bulan Ramadhan ini mengikut sunnah, kalau tidak adakah ia bid'ah? Kalau bid'ah apakah alasan ianya dilakukan.


JAWAPAN:
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara tersebut . Marilah kita meneliti butiran-butiran di bawah ini dengan cermat dan sikap berlapang dada agar setiap permasalahan yang dihadapi oleh saudara/I seagama kita dapat diselesaikan dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran Al-Karim dan Sunnah yang mulia .

Tazkirah ( التذكرة ) dan Zikir ( الذكر ), kedua-duanya diambil daripada suku-katanya yang asal iaitu [color=blue] DZAKARA ( ذكر )  yang semuanya itu membawa maksud : PERINGATAN @ INGAT @ SEBUTAN .

Tidak syak lagi , Al-Quran Al-Karim adalah sebuah wahyu ( Kitab ) yang diturunkan pada Bulan Ramadhan yang mulia sesuai dengan apa yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , Ayat 185 : 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَان .........

Ertinya : “ (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)…. “ ~ Surah Al-Baqarah : Ayat 185 . 

Kerana itu , tidak hairanlah mengapa Bulan Ramadhan Al-Mubarak dikenali juga sebagai “ Bulan Al-Quran “ .

Al-Quran Al-Karim itu sendiri mempunyai berbagai nama dan gelaran , sebagai mana yang dijelaskan sendiri oleh Al-Quran Al-Karim , di antaranya : 

( 1 ) – Adz-Zikr ( الذكر )

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Ertinya : “ Dan sesunggunya Kami telah memudahkan Al-Quran iaitu untuk dijadikan peringatan , maka siapakah yang mahu mengambilnya sebagai peringatan ? “ ~ Surah Al-Qamar : Ayat 17 , 22 , 32 dan 40 .

( 2 ) – At- Tazkirah ( التذكرة )

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى ( 2 )
إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى ( 3 )

Ertinya : “Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah , tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah) “ ~ Surah Toha : Ayat 2 & 3 .

( 3 ) – Zikri ( ذِكْرِي ) : Ertinya : “ PERINGATAN-KU “ : 

Kadang-kadang Al-Quran Al-Karim itu sendiri “ disandarkan “ sebutannya kepada Zat Allah Ta’ala demi untuk lebih memuliakan lagi Al-Quran Al-Karim dan sebagai bukti yang muktamad bahawa ianya memang benar-benar wahyu daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Contohnya ayat di bawah ini : 

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

Ertinya : “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". ~ Surah Toha : Ayat 124 . 

**************************************
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah menjanjikan sebuah “ hadiah yang cukup lumayan “ bagi sesiapa sahaja yang melakukan IHYA’ RAMDHAN ( Menghidupkan dan memakmurkan Bulan Ramdhan ) dengan sabdanya :

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang melakukan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu “ . ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (rh) di dalam sahihnya : Kitab Al-Iman , Bab : Tatowwu’ Qiyam Ar-Ramadhan Minal Iman , No. Hadis : 37 - Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim (rh ) 1 / 789 , Imam Abu Daud (rh) 2 / 1371 , Imam At-Tirmidzie (rh) 3 / 808 , Imam An-Nasai (rh) 3 / 1601 dan Imam Ibnu Majah (rh) 1 / 1326 . 

Daripada hadis di atas , dan dengan alasan-alasan daripada petikan-petikan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim di atas , dapatlah kita menyimpulkan bahawa : TAZKIRAH ADALAH MERUPAKAN SALAH-SATU DARIPADA CARA-CARA YANG DIAMALKAN UNTUK MENGHIDUPKAN DAN MEMAKMURKAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ! . 

**************************************
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri merupakan seorang Rasul ( utusan Allah Ta’ala ) yang ditugaskan untuk menyampaikan Al-Quran Al-Karim kepada manusia , dengan menjelaskannya berdasarkan huraian-huraian melalui Sunnah Baginda s.a.w .

Tidak tergambar di fikiran kita yang Baginda Rasulullah s.a.w meninggalkan ( tidak menyampaikan ) pesanan-pesanannya dan sabda-sabdanya , khasnya di dalam saat dan bulan yang sangat mulia dan besar faedahnya untuk umat Islam seperti Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini . Dan pesanan-pesanan Baginda s.a.w itu bolehlah juga kita namakan sebagai TAZKIRAH ( Peringatan ) kerana semua kalam dan sabda Baginda s.a.w adalah untuk “ menghidupkan “ hati-hati yang mati dan sebagai “ peringatan = tazkirah “ kepada hati-hati yang mudah lalai dan lupa . 

Lantaran itu , tazkirah bukanlah Bid’ah di dalam agama kita , melainkan ianya sebenarnya adalah satu sunnah !!! .

**************************************
Ada segelintir umat Islam yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah Ta’ala untuk mentadbir hal-ehwal umat Islam telah MENYALAH-GUNAKAN kuasa mereka itu untuk menyekat manusia daripada mengingati Allah Ta’ala , contohnya dengan MENYEKAT DAN MENGHALANG SEBARANG TAZKIRAH DI SEPANJANG IBADAH SOLAT TARAWIH DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK .

Tidak syak lagi ini merupakan satu bentuk kekufuran yang menyamai kekufuran kaum Musyrikin Mekkah yang sentiasa menghalang sebarang bentuk dan jenis dakwah itu disampaikan kepada seluruh manusia . Selain itu , halangan seperti itu juga adalah satu BID’AH YANG DHOLALAH ( SESAT ) LAGI MUNKARAH ( MUNGKAR ) yang perlu ditentang oleh setiap umat Islam yang cintakan agamanya .

Tindakan menyekat sebarang tazkirah di dalam Bulan Ramadhan ini merupakan satu JENAYAH terhadap perkembangan dakwah Islam itu sendiri , samalah dengan usaha menyeragamkan teks-teks khutbah Jumaat . Masakan boleh khutbah-khutbah Jumaat diseragamkan , sedangkan di setiap kawasan mempunyai masalah yang berlainan dan masalah seperti inilah yang perlu di”high-light”kan ( diumumkan dan diwar-warkan ) di dalam khutbah-khutbah Jumaat , demi perhatian semua . Sebagai contoh : Di Kuala Lumpur berlakunya jenayah kolar putih , maka perkara inilah yang perlu menjadi topik khutbah Jumaat di saat itu bagi penduduk K. Lumpur . Bukannya khutbah yang bertopikkan “ ZAKAT PADI DAN TANAM-TANAMAN “ , kerana penduduk K. Lumpur bukanlah mereka yang berkerja sebagai di sawah-sawah bendang !!! . Dan tidak masuk akal juga jika masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah masyarakat bandar – contohnya : MASALAH BURSA SAHAM – dibincangkan di kawasan-kawasan pedalaman dan ulu-ulu kampung , kerana ianya tidak-ada kena mengena dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh sesebuah masyarakat ulu dan pedalaman !!! .

Bukankah di dalam bulan seperti Bulan Ramadhan inilah meyaksikan ramainya manusia berduyun-duyun menziarahi rumah-rumah Allah Ta’ala untuk menghidupkan Ibadah Ramadhan ? .

Dan tidakkah ini merupakan PELUANG TERBAIK untuk setiap umat Islam , khasnya bagi A.J.K masjid-masjid dan surau-surau untuk “menarik hati manusia “ ke rumah-rumah Allah Ta’ala agar mereka dapat juga memenuhi rumah-rumah Allah Ta’ala selepas Ramadhan Al-Mubarak ? .

Tidakkah dengan adanya peluang seperti kedatangan bulan Ramadhan ini , kita dapat menyampaikan informasi mengenai Islam kepada penganut-penganutnya dengan mudah lantaran ramainya manusia yang membanjiri rumah-rumah Allah Ta’ala ? .

Alangkah malangnya umat Islam andainya peluang keemasan seperti ini dilepaskan begitu sahaja ataupun disia-siakan ataupun dihalang , walhal orang-orang bukan Islam , contohnya masyarakat Kristian , mereka bukan sahaja menjadikan Hari Ahad sebagai hari untuk mereka memenuhi gereja-gereja denganmenunaikan sembahyang , bahkan di hari itulah mereka mengambil peluang untuk mendengar ceramah-ceramah agama mereka dan berkumpul untuk menyusun strategi mereka !? .

Apakah kita tidak mahu berfikir mengenai hal itu ??? . Ataupun hati-hati kita sebenarnya “ telah mati “ ??? .

**************************************
Kita boleh memilih untuk melakukan hal-hal berikut :

1 – Mengadakan solat terawih dan solat witir sebanyak 11 Rakaat , dibaca padanya Al-Quran secara tersusun dan elok serta diselitkan di antara rakaat-rakaat sembahyang itu TAZKIRAH - Pada pandangan saya , perkara ini mudah untuk dilakukan dan tidak memakan masa yang panjang serta tidak pula menimbulkan kebosanan di kalangan jemaah sesebuah masjid @ surau .

2 – Ataupun diadakan Solat Terawih dan Solat Witir sebanyak 23 Rakaat , dibaca padanya Al-Quran secara tersusun dan elok serta diselitkan di antara rakaat-rakaat sembahyang itu TAZKIRAH ~ Pada pandangan saya , perkara ini tentulah akan memakan masa yang agak panjang .

3 – Ataupun , kita meninggalkan semua kebaikan dan manfaat di atas , lalu kita memilih untuk melakukan Solat Terawih dan Solat Witir sebanyak 23 Rakaat , dibaca pula Al-Quran Al-Karim secara “ tonggang-langgang “ , “ kucar-kacir “ seperti sesetengah imam yang membaca Al-Fatihah dengan satu nafas . Lalu jadilah Solat Terawih dan Solat Witir itu TIADA NILAINYA @ KUALITINYA dan jadilah ia dilakukan dengan ala “ patuk ayam “ dan “ ekspres “ . Dan tidak pula diadakan sebarang tazkirah padanya disebabkan semua manusia sudah terburu-buru untuk menyelesaikan 23 rakaat secara “ ekspres “ itu !!! . 

Tepuklah dada , tanyalah iman masing-masing , di antara ketiga-tiga pilihan di atas , yang mana satukah lebih tepat dengan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w dan lebih bermanfaat serta mudah untuk dilaksanakan oleh umat Islam di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini !!! .

**************************************
Jelasnya , Tazkirah di sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak ( dan di luar Bulan tersebut ) , bukanlah BID’AH DHOLALAH & MUNKARAH sama-sekali !!! .

Yang jelas bid’ahnya ialah melakukan Solat Terawih dan Witir di dalam keadaan “ terburu-buru “ . Tambahan pula jika tazkirah dihalang tetapi perbuatan merokok di serambi-serambi masjid dan surau tidak pula dihalang , ataupun perbuatan berborak-borak kosong ( yang tiada kaitannya dengan kepentingan umat Islam ) dilakukan tanpa sebarang teguran daripada pihak masjid @ surau - INI LEBIH JELAS BID’AHNYA DAN MUNGKARNYA !!! . 

Mudah-mudahan umat Islam tidak terus dibodohkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menyalah-gunakan kuasa mereka untuk melemahkan pemikiran umat Islam .

Ya Allah Ya Tuhan Kami ! Kami mengadu kepada-Mu akan lemahnya diri-diri kami , kurangnya strategi-strategi kami , dan hinanya kami akibat dipermainkan-mainkan . Wahai Tuhan bagi Golongan yang tertindas , Dikaulah Tuhan kami ! .

Wahai Tuhan Kami ! Kami meletakkan orang-orang yang menindas kami itu di dalam kekuasaan-Mu , dan kami berlindung daripada setiap tipu-muslihat dan perancangan-perancangan jahat mereka . Ya Allah ! Kami serahkan mereka yang selalu menindas kami dan pemikiran kami ini kepada-Mu. Hancurkanlah kumpulan mereka ! , Porak-Perandakanlah kesatuan mereka ! , Gegarkanlah Kedudukan-kedudukan mereka ! Dan hantarkanlah kepada mereka anjing-anjing mereka sendiri untuk memusnahkan keangkuhan mereka .

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa ! Wahai Tuhan Yang Maha Gagah ! Wahai Tuhan Yang Tiada Tandingan-Nya ! Perkenankanlah Seruan dan Doa kami ini . Amin Ya Rabbal ‘Alamin !!! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN 

1 – FATHUL BARI SYARAH SAHIH IMAM AL-BUKHARI (RH) – Jilid I , ms 128 .

2 – AL-JAMIE’ AS-SOGHIR ~ Al-Imam As-Suyuthi (rh) – Jilid ke-IV , ms 1782 .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

6 / Ramadhan / 1423 H
11 / November / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah

****************************
thtl
Maqam 7

Salam

Komentar atas Jawaban:

Baik sekali penerangan Ust Pendekar kita, cuma saya lagi sekali ingin memberi pandangan dari sudut yang lain dlm rangka memperkaya khazanah ilmu kita.

Para salaf assoleh dikatakan berihat selepas melakukan empat raka'at tarawih. Berihat selepas setiap empat raka'at ini menyebabkan solat Qiyam Ramadhan ini lebih masyhur dinamakan solat tarawih (solat rihat). Rihat ini disandarkan kepada HR alBaihaqee dari Aisyah ra (lihat dalam kitab Subulus Salam 2/10) ," adalah Nabi saw mengerjakan solat empat raka'at (4R) kemudian dia rihat agak lama, tapi hadis ini tidak kuat sanadnya komentar Imam Syun'ani.

Timbul pula isu bagaimana kita hendak mengisi waktu recess (rihat) selepas setiap 4R ini? Uruf di Malaysia, semasa saya kecil2 dikampung dulu, tidak ada waktu rihat, waktu rihat ialah selepas tamat 23R, dan dikenali dgn jamuan MOREY. Ini yg paling seronok pada kanak2. Semasa saya belajar di USA, masa rihat ini diisi dengan betul2 rihat, brothers Arab menghidangkan syai' Arab (teh Arab) dan juadah ringan untuk menghilangkan kebas2 kerana berdiri agak lama. Arab brothers ni tak suka kalau buat tazkirah.

Semasa saya pulang ke Malaysia dan bekerja, uruf di Malaysia berubah, di mana ada mesjid yg mengisi waktu rihat ini dgn tazkirah tarawih.
Kemudian sekarang saya menetap dikawasan agak elit di Subang Jaya, saya dapati mesjid qaryah saya mengadakan tazkirah yg agak panjang (selalunya) dengan penceramah jemputan. Nama penceramah yg mengisi slot tazkirah Ramadhan dan tajuknya akan dipamirkan dipapan notis mesjid sebagai daya penarik qaryah, malah mesjid disekitar subang jaya ini berlumba-lumba mengiklankan senarai penceramah. Saya dapati AJK mesjid begitu ghairah dgn tazkirah dan ingin menjadikan ia lebih penting dari tarawih. Saya juga dapati, suasana tazkirah itu kadang2 agak tenggelam dengan kebisingan kanak2 dan kadang2 topiknya tak releven.

Kemudian 2 tahun lepas JAKIM dan JAIS mengeluarkan circular menghentikan tazkirah ini dgn intonasi amaran keras.
Akhir sekali, setelah melihat perkembangan (pengisian) waktu rihat tarawih dari masa saya kanak2, kemudian pengalaman di oversea, dan perkembangan muttakhir, ada variasi dalam mengisi waktu lapang selepas 4R tarawih ini. Oleh kerana agama adalah suatu yg dikawal ketat di Malaysia, maka kita sebenarnya tidak dapat menyelami apa yg sebenarnya yg ahli qaryah mahukan untuk mengisi slot rihat itu. Ada sebahagian mesjid yg dikuasai oleh parti barisan alternatif atau pembangkang (dlm parlimen), ingin menggunakan slot itu untuk tujuan mengukuhkan agenda parti (kerana ruang menyalurkan maklumat mengikut saluran perdana yg lain terhad) dgn begitu bersemangat sekali. Ada mesjid yg AJKnya dikuasai oleh dakwah2 tertentu spt tabligh, maka slot itu ingin diisikan dgn mengingati qaryah mengenai sunnah. Manakala pemerintah memang tugasnya sentiasa mencurigai perkembangan yg tidak menguntungkannya. Jika tazkirah itu digunakan untuk memuji dasar2 kerajaan atau tajuk2 nyg hanya menyentuh ibadah ritual saja sudah tentu mereka tidak ada masalah. Akhirnya kebanyakan mesjid yg self-financing di Selangor telah diambil alih secara drastik oleh JAIS dan AJK lama dibubarkan dan diganti dgn AJK yg baru. Ini gara2 pengisian slot tarawih dan khutbah Juma'at.

WaLlahu a'alam

*credit to soaljawabpuasa

3 comments:

haidir said...

kopi n paste???

haidir said...

kopi n paste??

Mah@mahu said...

Salam kepada semua blogger support lah kempen 1Blog 1Bendera jom kat sini.. TQ