Followers

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah Ramadan #1

salam..sempena ramadan yang mulia ini..aku nak kongsi apa yang boleh dengan korang..sekurang-kurangnya apa yang kita tak tahu kita tambah,apa yang dah tahu kita mantapkan..okay..kita baru saja masuk beberapa hari berpuasa..alhamdulillah..Allah masih lagi beri kesempatan kepada kita semua untuk terus beribadat kepadanya..
saja nak share mengenai sedekah di bulan ramadan nie..kita selalu mendengar "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima"..dari situ kita boleh ambil intipati ayat tu..maknanya..kita perlu bersedekah lebih-lebih lagi di bulan ramadan..kalau boleh buat sedekah seperti amalan harian..tak luak sikit pun harta kita jika kita sedekah di jalan Allah..malah,Allah akan mengantikannya didunia mahupun akhirat kelak..
&&kawan aku ada cerita..masa dia pergi dengar ceramah..ustaz tu ada bagitahu..jika tiap-tiap bulan kita sanggup membayar sewa ASTRO sebanyak RM70..kenapa kita tidak sanggup menderma di tabung masjid sebanyak itu tiap-tiap bulan..sedangkan ASTRO itu terang-terangan milik orang bukan islam..kita patut berasa malu jika tidak dapat menderma kepada masjid sebanyak itu,,bukan itu saja,kita patut menghentikan langganan ASTRO jika tidak mampu menderma di masjid...
*yang baik datangnya daripada Allah..sila betulkan mana yang silap..
:)

No comments: