Followers

Friday, June 18, 2010

Gathering Keluarga Nandok 2010 Masuk Surat Khabar

Catat rekod Pulau Tali Kail 


GERIK – Seramai 110 cucu cicit Allahyarham Jaafar Kassim atau lebih terkenal dengan nama Tok Nandok berjaya dikumpulkan dalam Perhimpunan Hari Keluarga Tok Nandok yang diadakan selama tiga hari di Pulau Tali Kail, Tasik Temengor, dekat sini. 

Pengarah Program perhimpunan keluarga berkenaan, Mohd Kamil Idris berkata, perhimpunan itu diadakan bermula pada 11 hingga 13 Jun lalu diilhamkan Mohd Adham Azan yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Hulu Perak. 

Menurutnya, Tok Nandok adalah seorang guru silat yang membuka gelanggang di seberang Sungai Luat berketurunan Moyang Perak yang mempunyai rangkaian keluarga terbesar di Luat iaitu seramai lebih 300 ahli keluarga. 

“Tujuan utama perhimpunan ini diadakan untuk menyatukan semua cucu cicit Tok Nandok dari serata negara dengan hasrat membina kembali silaturahim dan memastikan hubungan sesama keluarga ini terus berkekalan. 

“Ini julung kali diadakan dan kami jalankan di luar kampung halaman,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Katanya, ada dalam kalangan cucu cicit Tok Nandok ini tidak mengenali antara satu sama lain kerana kebanyakan mereka merantau keluar dari Kampung Luat. 

“Perhimpunan keluarga Tok Nandok ini juga berjaya mencipta rekod aktiviti meredah hutan di Pulau Tali Kail apabila ia disertai hampir 80 ahli keluarga termasuk lebih 30 kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. 

“Aktiviti meredah hutan itu sejauh lebih kurang dua Kilometer melalui bukit dan lurah sehingga ke kawasan menara tinjau serta berakhir di hujung kawasan pulau,” katanya. 

Menurutnya, bagi perhimpunan pada masa akan datang pihaknya akan mencari lokasi yang lain pula dengan harapan lebih ramai ahli keluarga Tok Nandok dapat menyertainya


credit to sinar harian

*nasib tak masuk surat khabar pancaindera je..
hehe
:)

5 comments:

Aj said...

nice... Sinar Harian tak sampai Sabah

ciKeju said...

tak lama lagi sampai lahh tu
:)

syAzAnA said...

wahh. besnyer. ramai gler sanak saudara. hehe

ayin~weeweet said...

glamer..nampak muka sendirik x?hahaha

ayunda maajis said...

wohooooooooo...